Friday, December 8, 2017

Lazada nantikan 12.12 Lazada Revolution Online Sale

Siapa sini tak kenal Lazada. Aku pasti semua kenal la, portal beli belah online yg femes abad 21 ni. Bagitahu je apa ko nak cari?  

Barang baby? 
Barang sukan? 
Barang elektronik? 
Barang makanan? 
Barang utk travelling? 
Barang utk bersukan? 

Semua ada wei. Di hujung jari je.

Aku mula berjinak2 ngn Lazada ni lama dah, dr 2014 lagi. Masa tu baru kenal shopping online ni, biasa shopping kat Mall je kan. Tapi bila dah ada 2 orang anak, mmg tak daya nak membeli belah dengan budak2 kecik. Ye la kita sibuk memilih barang, karang anak2 dok berlari2 main takot hilang pulak. Jadik di sini bermula nya perkenalan aku dengan Lazada portal beli belah kesayangan ni. 

Apa barang pertama yg aku beli online?


Ha ini dia handblender. Ingat lagi masa ni  anak aku yg kedua baru berusia tak sampai setahun lg, and baru nak kenalkan solid food. Jadi sibuk la mencari blender utk  blend makanan bayi. Ada banyak pilihan kat Lazada ni, tapi hand blender jenama Panasonic ni menjadi pilihan sebab dr segi warranty yg terjamin, dan brand yg agak gah dan dikenali ramai.

Ko tengak Lazada bukan jual barang jenama cikai2, yg dah ada nama tau.. So tak perlu risau originaliti barang yg kita order. Dijamin ori dan berserta warranty.





Hand blender ni masih ada di rumah, masih aku gunakan untuk macam2 keje di dapor, bukan setakat blender bubur nasi anak, blender bt sambal belacan, blender bt sambal berlado, bt mushroom soup. Macam2 la, dah hampir 4 tahun berjasa. Tahan lasak kan? Tak rugi beli...


Kalau tanya aku apa benda yg aku prefer utk beli online. Hurm sebenarnya aku tak kisah pn nak beli apa, semua pn dah sedia ada dalam portal online Lazada ni so kalau dah ada online beli aje la, buat apa nk susah susah ke mall. Barang nya sama jugak kan. Cuma beza kat mall ko boleh pegang2, belek2, rasa2. Bila beli online ni physical feel and touch tu takde. 

Tapi......... jangan risau even korang tak boleh ada physical touch atau feel tu korang ada option lain utk pastikan barang yg korang nk beli tu tepat dan kene ngn citarasa. Nak tahu macam mana? Meh aku ajar, kaki sopim online mmg terer bab ni hhahahha..

1. Pertama skali korang leh baca review org yg dah pernah beli, review kdg ada kat bawah produk yg korang nak, atau boleh je google review. Kat website lain pn ada, kat blog, baca and tulis seme review yg korang rasa membantu.

2. Next korang boleh search youtube cara penggunaan barang tu, apa kebaikkan barang yg korang nak, macam mana cara nak handle, korang boleh tengok sendiri la kan macam mana cara penggunaan dan review dr video2 youtube.

Benda yg paling kerap aku beli online ni lampin pakai buang anak2 aku. Memang berbaloi betul, dah la murah, guna code diskaun bertambah plak murah. Memang beza ngn harga di shopping mall, tak payah susah2 ke mall utk beli lampin bayi.


Tak caya ke aku ni kaki shopping Lazada. Ha meh tengok brg2 yg aku pernah beli online selama ni dari Lazada.


Toys anak aku, jenama Vtech. Jenama ni mmg payah la nak dpt diskaun. Puas aku usha kat Mall tak pernahnya dapat diskaun, Kat lazada dah la dpt diskaun, pastu guna code diskaun lagi. Berbaloi sangat. Anak aku suka gila mainan ni.




Bukan barangan bayi je aku beli online, ha barang eksesori utk camera Go Pro 5 dan FitBit Alta HR pn aku beli jugak online. Benda senang wei, klik je kat laptop, tunggu je kat opis. Buat apa nk susah2 kan diri cari kat mall....

Kualiti barang setakat ni aku puas hati, lama dah pakai dan masih serve the purpose kata org. Alah membeli menang memakai gituuuuuuuu




Barang kosmetik, mop pun aku pernah beli online. Mop tu mmg kesukaan betul la. Bukti nya bila mak aku datang rumah aku, guna mop ni dah mak pun jatuh hati, dok la merengek suh aku orderkan untuk dia jugak satu. Sebab tak pernah jumpa mop ni kat shopping mall katanya.

Sebagai anak yg baik hati, terus aku buka Lazada, order sebijik mop yg sama, and poskan direct ke rumah mak aku. Kemain happy mak aku dapat mop idaman. 




Car seat ni aku beli utk hadiah new born adik aku, sebabkan kami jauh. So tak dapat peluang nk jumpa, senang je, aku order dr Lazada ha poskan ke rumah adik aku. Hadiah untuk anak buah baru,. Senang kan? Nk bagi hadiah ke sesape pun, bt je delivery mcm ni terus ke penerima. Pilih je barang yg kita nak hadiahkan. Takyah serabut2 kat shopping mall.





Banyak lagi barang aku pernah beli online dr Lazada ni, macam2 kategori. terbuktilah, beli apa je pun kualiti tetap dipercayai dan terjamin.



And memang terbukti aku SUKAAAA sangat shopping online.

1. Jimat masa, teaga dan wang paking aku. Tak payah nak stress stuck dalam jem, serabut dgn orang ramai, aku boleh memilih dan menilai barang tu dgn tenang depan laptop je, dalam rumah pasang aircond ha kauuuuuu. Selasa dan aman gitu.

2. Buat yg ada anak ramai macam aku ni, memang paham sangat masalah bila shopping dgn anak2. Its aint fun anymore ya. Silap2 ko boleh stress jadik raksasa gorgon mengejar budak2 yg seronok berlarian dan hujung2 barang yang kau nak tak dapat beli. Jadi di sini la portal online Lazada menyelesaikan masalah aku. Tak payah jadik raksasa, aku boleh memilih dgn aman dan waras. HAHAHAHA

3. Aku boleh buat surprise delivery kepada sesape saja aku nak. Nak hadiahkan mak aku iron sempena hari Ibu, klik ej lazada. Mudah kan? Mak pn seronok dapat surprise macam tu.

4. Dapat DISKAUN BERGANDA. ha yg ni mmg siapa tak suka diskaun kan. Lazada selalu buat sale dan very generous kepada pelanggan setia dia. Bulan lepas sale pada 11/11, ni akan datang sale 12/12 Lazada Onlive Revolution sale. Biasanya time sale ni, memang banyak barang yg ditawarkan pada harga runtuh, HARGA RUNTUH diulang ye. Lepas tu ada plak voucher code yg korang leh gunakan. On top of harga runtuh td korang dapat lagi diskaun lagi, tak ke penjimatan berganda di situ. Sebab tu la Lazada sentiasa di hatiku.

5. Dah shopping semua, tunggu je barang sampai depan pintu. Sebelum tu, jangan lupa masukkan no ID Air Asia Big ok. Lepas check out barang korang kat Lazada, sape yg members Air Asia Big tu yg mengumpul point AA utk travel, korang leh masukkan no ID korang lepas confirm purchase. Lepas tu tunggu la AA update Air Asia Big point korang. Dah la sopim dapat diskaun, dapat plak kumpul point utk travel jejalan... Siapa tak suka kan? Sebab tu sistur suka membeli belah di Lazada. Sambil berjimat sistur dapat banyak lebihan yg lain. Ala kumpul skit2 point lelama banyak la kan.


Cukup la tu, malas nk bbg alasan lagi, korang nilaikan la sendiri alasan2 yg sistur bagi kat atas tu. Kalau nk di listkan banyak lagi lasan tapi karang meleret plak entri ni.


Next, nk share barang yg dalam wishlist sistur utk sale 12/12 Lazada Revolution Sale ni







Hahaha banyaknya barang dalam wishlist sistur.


Sebenarnya, dah lama nak beli rice cooker Fuzzy Logic ni tu dok dalam wishlist  tu. Tengah tunggu harga runtuh dr Lazada and voucher code yg berbaloi. Sebagai pembeli bijak haruslah aku teliti bab pembandingan harga ni kan.


Pelampung ngn baju mandi anak tu pn dalam wishlist jugak, nk ganti yg lama sempena vacation holiday kami akan datang, nk ke pulauuuuu youuu haruslah beli brg kelengkapan kan. 


Ok la tu je nk share pengalaman shopping kita dgn buah hati kita Lazada ni. Nanti 12/12 korag stendby la depan laptop/pc masing2. Jgn lupa install apps Lazada kat handphone masing2. Senang sesambil minum kopi, sesambil jalan ke lrt stesen boleh browse barang yg korang nak.


LAZADA #portalbelibelahgenerasikini !!!! Pepandai je aku bagi hashtag yaaaa.... 



Thursday, September 28, 2017

Hannah Wafiyyah 10mo

Assalammualaikum. Dah 10 bulan usia si comel mama ni. Alhamdulillah membesar dengan sihat sejahtera, cargas. Wafiyyah spesel skit kita hantar taska, kalau abang dulu opah jaga, kakak pengasuh jaga tp adik ni kene masuk taska dr baby lagi.

Feeling hanar anak taska ni lain maciam. First day hantar lepas cuti maternity 3 bulan, jenuh la saya menages dalam kete, sampai opis bb sedih tinggalkan anak. Maklum la taska kan ramai budak, cikgu nya 2-3 org je. Risau kot anak terbiar. Pastu dgn kes2 kat taska yg pelbagai. Alhamdulillah Wafiyyah dijaga dengan baik oleh cikgu. Demam selsema tu mmg stendet la dh dok taska kan. Ni pn dah 2x admitted. Sekali sbb bronco pneumonia, sekali lagi sbb ciri birit.



Skang 10 bulan tgh gigih nak berdiri nak bertatih berjalan. Saspen je sbb fasa2 gini paling risau kalau dia jatuh. 

Jadi mama memang takde bt keje sgt dok rilek monitor dia je. Main ngn dia je. Ye la, masa takkan berputar kembali kan, time ni la syiok main gomol2 die, kang sekejap je dia dah besor dah takleh nk gomol2 sgt dah. Huhuhuhu. 


Wafiyyah kat umah opah ngn kazen dia dian and kakak  Sumayyah.



Bersua kembali sekian lama

Kesian kat blog. Lama tak hapdet. Being mommies of 3, bekerja, amat la sedikit masa yg tinggal untuk saya berilek2 menaip blog hahahha.

Dulu skop keje kat opis ada masa senggang, sempat la nak taip barang sebuah entri, now saya la gi meeting, saya la bt paperwork, saya la g site tgk projek. Dah tu mana masa free nya. Lunch hour kdg g aerobik atau masuk gym.

Rindu nk berblog, anak no 3 pn dah 10 bulan usia kehkeh last entri masa bersalinkan Wafiyyah.

Ok la pasni insyaallah akan rajin hapdet. Tp entri yg terkumpul sebelum ni kira haihaibaibai je la. kuikui simpan dalam hati sendiri je.



Tuesday, June 13, 2017

ANMUM ESSENTIAL MEMBANTU TUMBESARAN OTAK ANAK ANAK

Mungkin anda dapat melihat anak anda semakin membesar dan kuat, tapi pernahkan anda terfikir samada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak agak sukar untuk diperhatikan.

“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak". Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong  perkembangan otak si manja.”    

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting.   

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun,  hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali! 

Perhubungan ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak perhubungan  akan terbentuk,.

Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.

DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel otak[iv] dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.  

Namun begitu, kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari [vi]. Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu.  Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****.  Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui cara untuk menyokong  tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di 

Friday, April 28, 2017

Percutian Bermakna ke Tanjong Jara Resort, Terengganu

Hi korang, tiba musim cuti sekolah nanti, korang dah ada plan ke nak bawa family bercuti ke mana? Kalau belum ada, I nak suggestkan korang bawa family ke Dungun, Terengganu.
Eh? Ada apa je ye di Dungun? Kalau nak tahu percutian apakah di Dungun ini, jom baca entry ni.
Di persisiran pantai timur semenanjung Malaysia, terdapat sebuah resort mewah bernama Tanjung Jara. Tanjung Jara merupakan sebuah resort yang memperkenalkan para tetamu kepada tradisi tempat masyarakat zaman Melayu Kuno. Reka bentuk resort ini mencerminkan keanggunan istana Melayu pada abad ke 17. Dengan menjejakkan kaki ke dalam resort ini, tetamu dapat merasakan suasana warisan semulajadi Melayu yang tulen. Ketulenan seni bina bangunan resort ini, serta sikap mesra dan menarik pekerja-pekerja resort ini membuatkan percutian korang dan keluarga menjadi sungguh bermakna. Kadang-kadang kita tidak perlu untuk memilih tempat yang happening untuk membuatkan percutian kita menjadi memorable. Dengan cara back to nature and origin, mengunjungi tempat-tempat seperti ini, juga akan membuatkan percutian kita bermakna. Di sini, korang boleh mengambil pengalaman melewati pelbagai jenis aktiviti. Tidak kira lah jenis santai, lasak serta kebudayaan. Korang boleh pilih dan atur sendiri jadual aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di Tanjung Jara Resort ini.

Bilik yg indah ni, memang sesuai sangat untuk honeymoon, untuk meredakan fikiran dr segala kekusutan kerja.



Jom kita tengok jenis-jenis penginapan di resort ini. Terdapat enam jenis penginapan yang disediakan dank orang boleh pilih yang mana satu korang suka. Antaranya adalah; Bumbung, Bumbung Sea View, Serambi, Serambi Sea View, Anjung dan Anjung Seafront. Berdasarkan namanya korang dah tahu yang setiap jenis korang boleh pilih untuk view Laut Cina Selatan atau view taman-taman tropika. Anjung merupakan saiz yang paling besar dan ini lebih sesuai untuk keluarga yang besar.


Anjung Seaview
                                                                         

Anjung
                                                                               

Bumbung Seaview
                                                                     

Serambi Seaview
                                                               

Serambi


Setiap bilik disediakan basic amenities seperti, Wifi, alatan membancuh air teh dan kopi, flat screen TV, powered safe, in-room climate control dan beberapa lagi. Jika korang memilih standard bilik yang lebih mewah, bilik tersebut mempunyai bathtub dalam bilik mandi yang besar, outdoor verandah untuk menghirup udara segar dan beberapa lagi. Korang boleh survey tanjong jara resort latest price and review on traveloka. Then, teruskan dengan tempahan untuk dapatkan tawaran harga menarik di traveloka.


Lawa kan? Swimming pool yg mengadap laut china selatan. Subhanaallah. View yg sangat mendamaikan dan menyegarkan minda. Kanak2 sure suka tengok pool cantik mcm ni, bukan kanak2 je, orang tua pn sama naik teruja hahahah.



Korang boleh book melalui Traveloka di laman web atau melalui apps. Boleh dpt diskaun sekarang dgn memasukkan kode HURRYSTAY. 25% diskaun tu. Sesuai la utk nak bawa anak2 dan keluarga bercuti hujung minggu ni atau cuti sekolah nanti.



Untuk memeriahkan lagi percutian korang, penginapan sahaja tidak cukup. Makanan yang disediakan menjadi pelengkap kepada percutian tersebut, betul kan? Jom kita tengok pula hidangan makanan yang ada. Di resort ini sahaja terdapat empat jenis tempat makanan dengan ambience yang berbeza iaitu Di Atas Sungei, Nelayan, Teratai Terrace dan Private Dining Experience. Di Atas Sungei ini, korang berpengalaman menjamu selera yang dibawahnya mengalir air sungai. Restoran ini menghidangkan authentic Malaysian cuisine. Nelayan pula memang tidak lain tidak bukan akan menghidangkan fresh seafood dishes. Teratai Terrace pula korang dapat menjamu selera di tepi swimming pool dengan masakan-masakan grilled. Last sekali, Private Dining Experience korang dapat merasai pengalaman romantic menjamu selera sambil bersantai di perisisiran pantai Laut Cina Selatan.
Seperti yang dikatakan awal-awal tadi, korang boleh pilih sendiri jadual aktiviti-aktiviti yang korang akan lakukan di sini. Wonder what the activities are?

First is, PADI Snorkelling dan Dive Programmes, di mana korang boleh snorkelling atau belajar dive untuk menikmati keindahan semulajadi hidupan laut.



For a more relaxing activity, korang boleh try Sucimurni exercise, di mana korang dibimbing oleh instructor untuk bersenam untuk mengimbangi kesihatan luar dan dalam serta menyucikan fikiran. Selain itu, terdapat juga Jara Hill Walk and Malay Herbal Garden Visit, di mana korang akan diguide oleh seorang guide yang memang pakar dalam bab pokok-pokok herba untuk mendaki bukit sambil mengenali pokok-pokok herba. Untuk aktiviti lebih santai, korang boleh try Traditional Handricraft Classes, di mana korang boleh cuba mengasah bakat dan skills seperti paper flower decoration, menganyam ketupat, dan beberapa skills lagi. Jika ke tepi pantai, tak sah lah kalau tak ada outdoor games seperti volleyball, sepak takraw dan lain-lain lagi. Korang juga boleh belajar dan perkenalkan anak-anak zaman sekarang tentang permainan gasing dan petaque. Last but not least, dan memang I suggest sangat korang visit Kenyir Elephant Village, di mana korang boleh rasai pengalaman lebih dekat dan sentuh gajah-gajah yang manja ini.  

I guess, that is all from me and I really-really suggest korang semua untuk datang ke resort bertaraf lima bintang ini sebagai destinasi percutian korang untuk cuti sekolah yang bakal tiba ini.

Best kan?? Apa lagi, cepat install Traveloka dan book percutian anda ke Tanjung Jara Resort segera. Gerenti puas hati.


Monday, April 17, 2017

Stories Pasal Rayyan Masa mama berpantang

Masa mama berpantang, macam2 sgt hal yg berkaitan ArRayyan. Nk bt cane hujung tahun pastu plak Rayyan kebetulan nk masuk djh 1. 

Masa ni mama kat wad lagi bru lepas 2 hari bersalin, Rayyan ada exam kemasukkan djh 1. Mmg tak sempat la nk bt revision ke apa. Papa dr hospital, amek Rayyan kat umah opah. Terus bw g sekolah amek exam. Tengok la tu pakai pn baju kontot. Org lain bw bag bagai, dia dtg lenaggang maklimah je. Bawa pensil pemadam je. Hadoi laaaaaa



Kejadian kedua, gigi bawah bergoyang. Dua batang plak tu. Sebabkan masa tu papa amsih bcuti jaga mama dalam pantang, so papa bw dia p klinik gigi 1Malaysia ja. Senang katanya.

Sekejap je proses kata papa, sbb utk kanak2 ada doctor khas.  Gambar kat abwah ni masa gigi masih ada. Actually gigi Rayyan semua elok lagi, tp goyang sbb gigi kekal dah keluar and tolak gigi susu. Tu yg jd goyang, so kami bw g clinic je utk cabut.


Lepas cabut. Tak nages pn kata papa. Bila kita tanya, die cakap tak sakit. ye la gigi susu kan. Lagipun dah goyang, mmg senang la nk rentap cabut.


Hehe papa amek gambo masa proses nk cabut, wasap kat mama kat rumah.
Tak sangka Rayyan berani sbb dia ni sejenis penakot, tp time ni berani plak. Syabas.... gigi susu pertama yg dicabut pd tahun 2016. di usia 6 tahun heheheh...


Friday, April 14, 2017

Orientasi Darjah 1

Dah 3 bulan berlalu orientasi ni. Masa orientasi mama dalam pantang, jadi mmg tak dapat teman ArRayyan. Segala urusan sekolah Rayyan dr pendaftaran, amek exam kemasukkan sekolah, taklimat, orientasi semua papa yg uruskan. Termasuk la hari peratam sekolah urusan naik bus, taska papa yg arrange dan ajar. Dan rezeki hari kedua sekolah mama habis pantang, so mama la take over sbb papa pun cuti2 hari je.

Gambar2 ni semua papa yg amek. Kita saja nk tulis entri ni sebagai kenangan di masa hadapan hehe. Ye la anak peratama tak dapat merasa hantar orientasi harap time kakak sumayyah nnt amma dapat peluang ni.


Gambar dalam kelas, kemain senyum lebar. Dah 3 bulan sekolah. Baju sekolah jangan harap la bila balik tu nak putih berseri cani. Kebanyakkannya hitam legam hahaha. memang kene sental habis.


Ni kat KAFA.


Tu je. Haha tak tau nk tulis apa sbb sy tiada di tempat kejadian. Gambar pn papa yg amek semua ni.


Friday, April 7, 2017

7th annibeseri

Ok la marilah sambung entri2 terbengkalai tahun lepas. Entri ni utk kenangan di masa depan je. Tahun lepas masa ennibeseri kita masih berpantang, so takde la plan nk vacation ke apa. Dah pantang kan, so duduk rumah ontok2 jaga baby. Keluar pn masa nk p injek baby sebulan.

Kat bawah ni keluar nk g injek baby sebulan lah, kemain ceria muka ahkak oi. Maklum la sebulan terperap kat umah je. Dah la musim cuti sekolah, sana sini org hapdet g oliday. Naseb la kita ni jenis suka memerap kat umah. So takde la stress sangat. Hehhe.

Ramai org komen dah kurus bila tgk gambar ni. Actually dah 3 kali pantang, kali ni slow skit progress penurunan berat badan. Agaknya sbb naik pn xbnyak and kali ni pantang tak skema cam dulu. Kita asal boleh je la. Dr segi makan tu, takde la stret sangat sbb pantang sndiri kan. So pagi kalau tak sempat, makan je la biskut kering. Lunch masak rebus je. Kang ptg biskut kering balik. Hahaha asyik makan je, mana nak kurusnya. 


Masa enibeseri 25/12 tu, hasben beli kek BR sepprise kita. Tanjat kakak. Tp sedih oi, kita dalam pantang. mana bolehnya makan aiskrim. Hahaha kita makan biskut LOVE atas tu je, tu pun berebut ngn Sumayyah. Gambar lupa nak amek sbb time tu tgh merajok kononnya. Pasaipa merajok takyah cete la. Kuikuikui... Biasa la emosi ibu dalam pantang, tak stabil ye dak.



Disebabkan kek aiskrim takleh makan, mujur kita leh makan cokelat. Cokelat ni milkboaster tau. Pastu makan la kek mocha. Eh sedap ok kek mocha ni.



Budak paling eksaited potong kek.


Dah 7 tahun usia perkahwinan kami, takde la ucapan love dovey. Itu kita wasap direk je ke husben. Cuma mengharapkan perkahwinan ni kekal hingga jannah. Perasaan kami setia antara satu sama lain, grow old together, dapat bersama2 melihat anak2 membesar. Apa lg yg nk diharapkan dr sebuah perkahwinan, saling melengkapi antara satu sama lain. Ko sakit akujaga, aku sakit ko jaga. Ha gituuuuu...


Monday, March 6, 2017

Cahayamata yg ke3

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan cahayamata ke 3. Cahaya mata suprise saya panggil hihihi. Actually due date sy ptt pada 8 Dec 2016. Tapi, seperti abang ngn kakak before this, saya mmg jenih bersalin awal. Takyah tunggu 40 weeks. Abang ngan kakak 38 weeks terus keluar dah. Alhamdulillah sihat sempurna. Jadi kali ni pn expect yg sama. Cuma waktu tu cakap ngn adik baby, tunggu abang konvo dulu sbb mama nk tengok abang konvo.

Bagus adik baby, sngat mendengar kata. Kami sempat la pergi konvo abang pd 20/11/2016. Adik baby lahir pada 21/11/2016, pukul 230 pagi dengan berat 3.1kg.

Kisah nya lepas g konvo kan saya ajak hasben jejalan MidV konon2 nk cepatkan beranak. Maklumlah saya dah MC seminggu lebey tapi idok beranak jugak hihi. EH doc bg mc tau sbb nk suh saya berehat.

Balik dr Midvalley, terus tidor sebab kepenatan kan dr pagi. Bangun ptg dalam kol 5, masak simple2 sbb lapar. Masa ni dah rasa sakit yg mild2 je, boleh senyum boleh gelak, boleh masak. Cakap ngn hasben perlu ke pergi hospital. Kitaorg decided tunggu pas Magrib, even sakit idak la terok pun cuma pikir kalau betul sakit nk bersalin naya plak klu tengah malam kang. Mana nk letak bebudak berdua ni. So baik g hospital tgk progress, kalau takde bukaan kita balik. If ada bukaan, duduk la wad.

Lepas mAgrib, sesiap pack baju bebudak nk hantar rumah opah. Call mak bitau nak hantar cucu2, mak tanya nk beranak dah ke, saya jawab tak tau lagi. Nak p cek je tengok sbb dah sakit sesikit.

Dah hantar bebudak, terus gerak g Al Islam Kg Baru, hosp yg sama saya lahirkan abang ngn kakak. Sampai2 terus g kaunter emergency cakap saya dah sakit. Nurse tengok due date, pastu tgk keadaan saya yg jalan rilek2 je, siap gelak lagi. Kompius muka nurse betul ke akak ni sakit hahaha. Siap tanya banyak kali betul ke sakit. Eh betul la dik oi, cuma takde la sakit sampai nk merangkak tu. Sakit anje2 je.

Nurse suh tunggu, sementara nak prepare utk check ctg etc.. Tak lama pas tu, nurse panggil utk cek ctg



Hai mesin  CTG, lama tak jumpa. Selamat bertemu kembali ^_____^

Cek CTG, doc kabo mmg ada mild contraction so doc bt la VE nk cek bukaan, ha kau dah 4cm rupanya. Akak leh rilek2 je berjalan sana sini.

SO nurse suh tunggu dlu sbb doc ada patient. Masa tu dah pukul 10. Kita pn rileks je la duduk kat wad. Masa tu bilik single takde kosong, so dok la wad yg 4 orang. Tepat kol 10, hasben kene halau takleh teman dah. Kalau single leh hasben tunggu. Tapi hasben tak balik pn, die lepak lobi tunggu sbb takot saya bersalin malam tu jugak, kang tak sempat lak nak sampai. Lagipun nurse kata saya kene masuk labor room dah ni, dah masuk labor room nnt hasben leh je teman.

So dia duduk la tunggu kat lobi sementara tu. Kat wad plak nurse bg ubat berak seme, suh saya makan, tukar baju, berak and siap2 nk masuk labor room.

Kol 12 mmacam tu saya masuk labor room, hasben pn naikla masa ni teman. Masa ni ada 2 patient yg dalam labor room lain yg tunggu masa utk bersalin jugak. So doc tak bg la saya drip atau induce apa2 ubat utk cepatkan bukaan takot kang nak bersalin serentak. Mesin CTG pn tak pasang sbb ingat full dilation lambat lagi, saya plak rileks2 dok gelak sembang jadi semua ingat bukaan saya masih 4.

Dalam labor room, takde bt apa pun. Buka Aps Quran dok recite surah Al-Harsy, surah Yusuf, Surah Maryam. Sesambil pn layan breathing. CTG pn takde jadik saya selesa utk bergerak2 ke kiri ke kanan. Drip pn takde, mmg free and  easy la.

Tetiba saya rasa macam eh nak terberak. Sy panggil la nurse cakap nk berak. Nurse datang tgk, bukaan dah full. Doc plak dalam OT sbb patient yg sorang tu kene emergency czer. Ha ini time la cabarannya, nurse suh tahan, nk tunggu doctor. Akak dah tak tertahan dah time tu. Mujur sekejap pastu doctor sampai.

Doctor suh push. Push ni pun cabaran gak, maklumler tak ckup napas. Sampai give up suh doc vacuum je, tapi doc taknak. Doc kata saya dah lalui semua natural kenapa nak vacuum. So pushhhhhhh aje la sekuek ati. Ntah push yg kali keberapa ntah PLUPPPPP kluar la seorang umat nabi.


Nah ini la puteri kedua kami, cahayamata ke 3.



Kelahiran yg suprise. Mama tak expect pn nk melalui kelahiran yg natural all the way. Tapi Allah bg peluang tu kat mama, takde epidural, takde induce, takde drip, takde CTG, takde painkiller. Haaaa memang suprise la. Baby bagi mama rasa macam mana sakitnya nak melahirkan, bagaimana rasa  tolakkan dari dalam, bagaimana rasa hangat kepala baby waktu nak keluar. Memang mama rasa sebijik2 sebijik benda2 tu semua. Cuma mama tak boleh nk bersalin free style je hehe kalau dibagi peluang nak gak bersalin ala2 crawling ke, gaya all four ke. Hihi 

Alhamdulillah. Syukur atas rahmatNya.




Lepas dah doctor dah bg tengok baby, siap sedia la utk jait. Cucuk skit painkileer proses jait pn stat. Masa ni hasben dah keluar dah, g tengok baby and azankan baby. Sy melayan je la doctor jait, jait kali ni tak banyak.

Lepas habis jait, time ni la baru rasa azabnya wei...Tak tau la, rasa beza sangat bersalin Sumayyah dulu dengan Wafiyyah.

Masa  Sumayyah lepas bersalin, saya boleh bangun sndiri dr katil labor room, duduk wheel chair, masuk wad  and mandi dan uruskan diri bersihkan darah2 semua bt sendiri.

Tapi kali ni, masa bersalin Wafiyyah. Nk bangun dr katil labor room tu berpapah, hasben kene dukung. Dr katil nk g toilet, hasben papah. Cuci, mandikan semua hasben yg buatkan. Saya duduk je tadah badan. Siyes teruk sangat condition amsa tu, rasa mcm eh dah lumpuh ke aku ni, kaki kebas semacam takleh nk angkat. 

Malam tu baby mmg saya minta duduk nuseri je, sbb lepas siap2kan saya dah mandi apa semua hasben kene balik, so saya mmg tak mampu nk bgn duduk angkat baby kalau baby nages nk susu jadi request nurse utk ambil baby letak nuseri.

Besok pagi pun, keadaan masih sama so tunggu hasben datang pg tu baru lah mandi and bersihkan badan..




Welcome to our little family sayang.


Sessi melekap bermula. Adik baby ni pandai sangat menyusu. Sua je, terus isap. Good good. Susu pn alhamdulillah ptg tu dah ada. Takde la baby kelaparan.



Pagi tu hasben dtg bawa abang, kakak ngn opah skali. Kakak Sumayyah kemain suka adik baby, asyik nak ciyom je.  Alhamdulillah dia takde dengki ke apa ngn adik.


Malam kedua tu saya dipindahkan ke single room so hasben leh tido skali malam tu. Jadik baby pn room in skali. hehe macam biasa la tugas ambil baby tu tugas hasben, saya cuma nyusukan je. Alhamdulillah malam baby tak meragam pun. Elok tido.


Hari ketiga tu kami dh leh balik dah hehehhe..


Baby dh smapai rumah dah.

BEgitu la kisah kelahiran cahaya mata ke 3 kami. Berbeza sangat keadaan mama masa bersalin kali kedua dan ketiga ni. Alhamdulillah semua dipermudahkan.


Thursday, March 2, 2017

Susu untuk tumbesaran anak anak.

Sebagai ibu ibu, bab kesihatan dan pembesaran anak2 benda yg paling menjadi keutamaan bagi kita. Betul tak kekawan?



Its quite challenging u know, there's too much brand on shelf. But, the one that already made me fall in love is FRISO GOLD formula milk. 




Kenapa  saya memilih  susu ini ye?

Well... There's thousand reason for this. But the strong reason is on the LocNutri™ Technology.
Ha technology apakah itu? Ha jangan main2, bukan smartphone je ada technology, susu pn dah ada technology okayyyyyy...

LocNutri™ Technology ni, adalah untuk mengekalkan nutrisi dalam kandungan susu formula Friso itu sendiri. As we know, makanan yg diproses dgn suhu yang tinggi akan menyebabkan struktur protein yg asli musnah. This also apply the same to formula  milk ya. Apabila struktur istimewa protein telah rosak dan musnah, ianya tidak dapat diserap secara baik oleh usus, itu yg mengakibatkan anak anak mudah mengalami masalah pencernaan, sembelit dan tak selesa kat perut.

Jadi dgn technology  LocNutri ™ protein terpelihara struktur asal mereka. Ia membantu nutrien untuk mudah diserap oleh badan.


Apa yg penting sangat protein tu yeeeeee???


Haaa, ni meh ahkak nk kabo protein memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan otot, kulit dan pengeluaran rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam pengeluaran antibodi, sekaligus memastikan kesihatan dan tumbesaran anak2 terjamin seiring peningkatan usia.

Ingat ya, happy kids come from healthy body and mind. Jadi, kalau kita nak anak anak sihat dan ceria pastikan usus mereka sihat, sebab penyakit semuanya datang dari perut.




Sumayyah tahun ni dah 4 tahun, saat ni memang kritikal bagi dia. Otak diibarat span yg menyerap air. Apa saja yg dia lihat, rasa , dengar dan pelajari akan diserap dgn baik. Jadi, saya perlu memastikan Sumayyah dapat nutrisi yg lengkap dalam menu harian dia. Friso Gold 4 merupakan pilihan saya buat Sumayyah.

Dia dah mula ke pre school tahun ni, jadik nutrisi yg lengkap amat penting untuk sistem pembelajaran yg efektif. Di samping itu, ianya bg memastikan Sumayyah sihat dan cergas untuk join aktiviti sekolah.

Friso Gold 4 mempunyai nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B6 dan C, taurine, Salenium, GOS, Zink dan DHA yg menyokong pertumbuhan keseluruhan anak dan ketahan semulajadi. So, saya tak perlu risau lagi.


Lagi satu, saya suka sangat cara packaging Friso ni.

Tengok kat bawah ni, mcm mana sudu cedok susu tu di letakkan. Ada spesial way utk letak sudu, bukan main campak je ke dalam. Mungkin bg setengah orang, tak perlu kot. But saya mempunyai pandangan yg berbeza. Sudu yg letaknya macam ni lebih bersih. Sebab bila kita dah cedok susu, tangan kita mungkin ada kuman yg dah di transfer, kalau kita just campak je sudu dalam bekas susu, susu akan tercemar. Bila kaedah macam ni di apply, sudu tak kene ke permukaan susu. Jadi, kebersihan lebih terjamin. Its all about hygiene la...




Setakat ni alhamdulillah, Sumayyah membesarkan dgn sihat dan jarang sakit. Even kalau demam pn tak lama. Terima kasih Friso sebab membantu kesihatan tubuh badan anak saya dr dalam.

Now, Friso sedang menganjurkan peraduan. Boleh la korang kongsikan pengalaman anak2 yg minum susu Friso Gold dan berpeluang untuk memenangi hadiah yg best2 okayyyy..

Saya pun dengan berbangganya nk berkongsi pengalaman anak saya bresama Friso jugak.

With Friso, she grow up so well and healthy.
She been creative with superb idea amazingly,
She been actively enjoy outdoor activity,
She never get tired easily,
She can eat everything without fussy,
Friso definitely great choice of all for mommies dearly.
Its support our kids to grow, stronger, healthier, and happier.

Happy kids make an happy mom!




See how she enjoy build up Lego Friend. This show he brain are connected and creatively build a nice lego at the age of 4.


She enjoyed outdoor activity without complaint tired or what knot. Sampai berpeluh2 basah baju main basikal, mama tak perlu risau Sumayyah jatuh sakit or what sebab Friso memastikan ketahanan badan dibina agar Sumayyah mampu melawan bakteria bakteria jahat.




















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails