Wednesday, April 22, 2009

Gigiku yang comel

Pagi tadi sungguh indah. Saya pegi ke hospital seorang diri tanpa ditemani sesape. Encit Lee pun tak dapat teman sebab ada kursus PTK. Ape tu PTK saya pun tak tahu, sape penjawat awam maybe tahu. Kagum tau pegi hospital seorang diri. Sebab saya sangat takot hospital. Berhantu bagi saya, erghhh sangat scary. Environment menakotkan, bau memualkan, dan doktor yang paling takot sekali. Hahaha.

Motif pergi hospital pagi2? Pastu bangga dalam blog.

Ada temujanji dengan doktor. Comel sungguh, temujanji dengan doktor. Haha tapi bertemujanji di tempat yang paling menakotkan. Hari nie doktor nak buka jahitan gusi saya nie.

Memula sampai berdebar dup dap dup dap dada. Sampailah nurse comel panggil nama saya. Ketaq lutu masuk. Masuk je doktor suruh baring, keluarkan segala peralatan gunting, cermin untuk tengok mulut tuh. Sila nganga luas luas Juliana. Doktor nak buang jahitan.

2 minit lepas tuh. Siap! Aik, ajaib betoi sekejap je dan tak rasa apa apa pun. Yaey!

Mulut saya dah selesa takde benang dah. Dah boleh makan dengan puas.

Balik tuh terus balas dendam, beli nasi ayam kegemaran saya. Beli cokelat Kinder Bueno, beli Twisties.. Hahaha.. Makan puas puas...

Nak tengok gigi saya.

Nah.



Sangat pelik tengok akar die. Ngee tapi comel. Gigi yang comel nie la yang telah menyebabkan saya kesakitan selama ini. Skang dia dah takde. Doktor bagi saya gigi nie, boleh simpan letak kat muzium.

Psssst.. Besok kene masuk opis. Tempoh bulan madu dah tamat.

Sekian, terima kasih.

4 comments :

  1. hehehe gigi tu mmg pelik giler.. melengkong2 hahah

    ReplyDelete
  2. nape gigi tu cm ade tanduk?

    ReplyDelete
  3. wahhh sonotnye dia...
    akak jugak la lom abis lg azab sakit gg huhuhu...

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails