Thursday, May 3, 2012

Jalan jalan @ Ayer Itam

Lepas dah puas menghabiskan duet kat JPO, hubby tanya nak gi JB ke.
Aku malas je nk ke JB, takde apa yg menarek pun kat sana.
Ada pun Danga Bay, tapi dulu aku dah selalu sangat outstation kat sana, jadik takde la nak gi sangat.
And last hubby ajak gi Ayer Itam. 
Since dekat je ngan Kluang so gi je la sana jejalan. Tak pernah sampai pun Ayer Itam nie.


Ni la dia Ayer Itam.
Ada banyak kedai jual kerepek2, pasu2 seramik, bantal2, teddy bear.
Harga pada aku boleh la. Ada yang murah ada yang mahai. Yang penting kene pandai tawar.


Ha tu dia. Segala jenis bear ada. Aku tak beli pun. Maklum lah mana ada anak gegurl. Cuma hubby je beli bantal pelok Upin Ipin tok Rayyan.


Ni kerepek2. Hubby beli gak kerepek ni, bg jiran2. Maklum ler jiran2 bila balik kg mesti ada je buah tangan. Segan plak kami kalau balik kg tak bg pape kat diaorg. Biasa la, hidup berjiran kan. Pepandai la. Kalau orang buat baik ngan kita, takkan kita nak buat bodoh pulak. Saling memberi la kata orang.


Yang tak bestnye tempat ni, panas. Adoi, sakit otak aku kepanasan. Huhu..


Pastu masuk kedai yang ada aircond nak sejukkan badan hikhik.. Kedai dalam aircond ni jual mende yang sama gak. Kalau sape nak kawen berbaloi la datang sini. Sebab nak beli byk2 kan.



Dah puas jalan, kami singgah makan kat gerai area depan je ngan kedai2 jualan tadi. 


Rayyan yang berpeluh sakan.


Kami makan berempat. Tapi pada aku makan kat Johor ni mahai sikit la. Kami makan 3 orang nasi campur, lauk satu jenis ngan sayur satu jenis memasing dekat RM30 gak la. Terkejut aku dengar. Agaknye sebab ramai Singapore kot. Ntah la, dulu aku g JB pun camtu gak. Bila makan, nak bayar sure macam terkejut. Apesal la mahal sangat. Kalau kedai ada aircond, pastu amek lauk sampai 3, 4 jenis tu ok la kan rege gitu. 


Ni kedai jual barang2 hiasan rumah. Aku tak masuk pun sbb takde la napsu nk menghias rumah nie. Maklumlah rumah sewa. Tak koser nak hias2 bagai.


Ada pun aku beli tempat letak kunci yang design English ni. Tu pun murah je RM10. HAHAHA..


Ni toto, RM50 belum tawar. Toto ni best, macam tilam. Aku tak beli tapi MIL ada selai. hehehe memang selesa la pakai dari toto biasa tu.


Dah puas jalan, kami pun pulang ke rumah! Berehat, malam baru keluar balik...

3 comments :

  1. mahey jugak toto tu yer?
    kain nylon ke kain kapas?
    aritu beli kat econsave kaapr yg kapas baru rm50
    yg nylion dlm rm30
    tpi best tilam ni
    dul2u time askar 2 org tu kecik lagi
    mmg ni la tmpt depa guling2

    ReplyDelete
  2. tak penah sampai lagi sini.. jarang ke belah2 johor.. hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kenal.bestnyee jalan2.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails