Monday, July 30, 2012

berjalan2 sekitar golden palm tree resort

Sambung la kisah holiday sebelum puasa hari tu. Pagi tu memang bangun awal, bukan nak menikmati sunset tapi Rayyan bangun awal berlari lari dalam Villa. Macam mana nak tidonya. Pas siap2kan bekpes. Ala bukan apa pun, sediakan air teh panas je ngan roti yang beli sebelum check in. Saja breakfast kat luar balkoni sesambil layan angin laut. Hehehe feeling honeymoon betollah. Tapi honeymoon bertiga ngan si kenit nie! Mana boleh tinggal budak kenit nie.... Tengok la tu, die duduk dulu atas kusi nak makan. T___T


Pas makan, terus bersiap nak jalan2 sekitar resort sambil amek gambar. Bukan senang nak dapat stay sini, kat sini pun banyak port lawa2 tok amek gambar.  Ni dua beranak ni nak jalan kaki, kita suh tunggu buggy tapi depa insist nak jalan gak. Best agaknya jalan sbb angin kuat, takde la berpeluh sangat.


Tengah jalan jumpa buggy kosong, rayyan ape lagi memang terus naik je la. Apa saja yang namanye kereta memang feveret Rayyan. Kemain la pegang stereng, macam la sampai kaki nak bawa buggy tu.


Jalan2 ktorg jumpa Gazebo kat tepi dewan. memang lawa view kat situ, tapi susah nak gambo ngan Rayyan ni. Dia lagi suka lari ke sana sini. Aishhhh penat nak amek gamba die.


Ni la die Gazebo saya cakap tu. Belakang die semua Villa kat GPT nie. So view memang lawa. Nice for photoshoot.


Tengok la betapa susah nak amek gambar si kenit nie. Takmo diam. Kejap lari, kejap memanjat adoihaiiii.. Anak lelaki kan, so memang la lasak. Layan aje la.


Seterusnya kami nak menuju ke private beach die.


Ni la kemudahan yang visitor GPT boleh guna. Banyak games boleh main. Ada bola pantai, water sport. Kira kalau stay sini, nak guna semua khidmat ni free je, takyah bayar dah. Best kan?


Cer teka kenapa muka budak kenit ni begini??? Tekaaaa...


Sesi bermain pasir di pantai.....


Seterusnya kami nak pergi ke satu destinasi....


Suka sangat laluan n, hijau hijauan.... Lega je rasa mata memandang...


Mama and anak. Susah sangat nak gambo bersama, terpaksa dukung. Teknik paksaaan untuk bergamba..


Sebelum sampai tempat dituju, kami bergambar dulu puas2....


Ok, dah sampai tempatnye.... Cuba teka apa tempat nie.... kalau nak tahu, next entri saya cete ok! memang menarek.....


1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails