Monday, March 10, 2014

Wiken yg takde mood


Pray for MH370.  Ini la sebabnya wiken saya takde mood, bukan lah nk cakap kita ni mengikuti perkembangan sangat tapi sebagai orang biasa yg punya perasaan, sebagai seorang ibu, seorang isteri... Saya amat paham perasaan menanti kepulangan orang yg tersayang ni, kepulangan yg kita tak tahu bila, nak hubungi tak dapat lepas tu macam2 spekulasi pulak tu kat ruangan media sosial...

Masa pagi Sabtu tu, tengah siap2kan anak2 lepas mandi tengok berita pasal ni. Memula takde la pikir serius sangat, maybe flight patah balik kot pk masa tu. Pastu pukul 10 tengok eh kluar lagi berita, tak jumpa lagi plane tu.. Kita dah stat riso, bukan sbb ada famili member ke apa atas tu tapi risau sbb kita tahu MAS tu kepunyaan negara kita, dalam flight tu ada ramai orang termasuk infant. Nyawa tu beb! Jangan buat main bab nyawa ni....

Mulalah wazzap asyik bunyi je, rupanya ada wife ofismate dalam tu. Wife dia keje Freescale, ada company trip katanya. Alahai.... Terus rasa tersentuh hati, rasa dekat je tragedi ni kat hati. Memang dua hari tak berganjak la dari TV dok tengok wawancara dan tunggu PC update pasal tragedi ni.... Sampaikan dalam 2 hari ni banyak yg saya belajar pasal aircraft engineering and operation.

Dulu sy memang selalu naik flight ni sbb selalu outstation kan, selama tu pernah sekali je pengalaman ngeri naik flight. Masa tu nak g Hongkong... Tengah atas awan, masa tu mmg dah auto-pilot punya operation, tetibe plane gegar. Ni gegar yg tahap kita terhuyung hayang ke kiri kanan. Tetibe lampu pun tutup, Ya allah... Masa tu mulut tak benti mengucap. Dah terbayang macam2 kalau jatuh ni mana la ktorg jatuh. Tengok kat map, ntah lautan mana la tu... Pastu terbayang muka2 suami, anak, mak kat rumah... Memang doa banyak2.... Tengok luar tru tingkap nampak awan hitam. Cuaca buruk rupanya, kilat pun nampak. Masa tu memang terasa kebesaran Allah dan terasa kerdilnya diri ni yg meletak 100% kebergantungan pada Dia. 20minit tak silap  dalam keadaan macam tu, tu adalah 20minit terpanjang dalam hidup saya .....
Saya yg melalui saat yg sekejap macam tu pun rasa macam tak tau nak describe cane takutnya.... Imagine org yg kat dalam MH370. Harap2 tiada yg buruk berlaku, harap2 ada keajaiban allah dalam tragedi ni.

Walau kita memiliki the best aircraft in the world, the most talented pilot, tapi kuasa Allah Kun Fa Ya Kun sape kita mampu halang. Dia yg berkuasa ke atas langit dan bumi ni. Semoga Allah permudahkan operasi menyelamat dan menggerakkan hati para penyelamat ke arah titik di mana hilangnya kapal tu. Bagi saya, jumpanya kapal tu kalau betul kapal tu dah crash penting, sebab  dengan jumpanya kapal baru boleh puaskan hati semua pihak terutama skali para famili. Lain perasaannya bila kita hilang orang tersayang tanpa jejak ni. Sekiranya kapal tersebut selamat, jutaan syukur atas rahmat dan kasih sayang Allah. Dan harap Allah bantu dalam jalan menemui kapal tersebut supaya ahli keluarga dan bertemu semula, isteri dan bertemu suami, anak2 dapat berjumpa ibu bapa semula....

Bagi sesape yg nak komen negatif, baiklah senyap. Jagalah sensitiviti mangsa, hari ni hari mereka Allah uji mereka cara gini. Hari kita, tak tahu lagi macam mana. Kalau takde langsung rasa simpati dalam diri, tak payah cakap apa2,  just shut up is enough. Itu lebih baik kan.

Sesama la kita mendoakan yg baik2 utk mangsa dan keluarga, semoga MH370 dijumpai semula tak kisah la dalam apa keadaan sekali pun.



No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails