Thursday, June 25, 2015

Gulai Lomak Cili Api Daging Salai campur Petai ----> 7 Ramadhan


Ni menu paling win semalam. Gulai lomak cili api daging salai campur petai.. Hahaha actually petai tu ada kisah nya. Menu hari sebelum kan ada sambal tumis bilis petai, menu tu saya beli kat cafe opis sbb terlior tengok petai. Biasa la bulan puasa, senang benau tergoda. Padahal tgk rupa sambal tu dah tau tak sedap sbb cair macam tak garing je cili.. Tapi beli gak RM2. Sekali betul tekaan ku, cili tak garing. Memasing tak lalu makan, so simpan peti. Masa nak masak gulai lomak ni, amek petai basuh then campak dalam gulai hahaha sedap jugak jadik gulai ni. Iols ok je gini, hahaha janji basuh dulu. kehkeh ada org tak lalu plak kan.. so kene guna petai baru kopek la

Meh kita share resipi masak lemak cili apai daging salai campur petai ni


Bahan bahan utk memasak

1. Daging yg telah disalai hiris nipis (daging ni saya beli kat Aeon Big, best sbb bau aromo salai tu authentic)
2. Cili api 8-10 biji
3. Bawang kecik 2 ulas
3. Serai diketuk
4. Asam keping
5 Santan
6. petai

Cara masak

1. Blender cili api dan bawang tadi.
2. Masukkan bahan yg dah diblender ke dalam periuk bersama daging dan serai yg dah di ketuk. Masukkan jugak air sedikit dan asam keping. Biar atas api bg menggelegak dan air kering. Ni nak bg daging empuk dan serasi ngn cili seme. Dah gelegak amsukkan petai.
3. Agak2 air dah berkurang 1/3, masukkan santan dan kacau jgn bagi pecah minyak.
4. Sebelum tutup api masukkan garam.

Siap dah gulai... Kita suka gulai daging salai ni sbb aroma salai tu.

Menu sampingan semalam, rebus bayam, ikan siakap goreng dan ulaman serta sambal belacan, Somi macam biasa makan bertambah2, menu kampung gini mmg sedap la kan. Kita tak lalu makan banyak. Makan hati tengok si adik makan bersepah2 hahahaha...

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails