Thursday, October 29, 2015

Anak2 Penyejuk Hati Kami

Anak2 lahir hujung tahun, dah hujung tahun baru la genap  5 tahun dgn 2 tahun memasing. Ada dua anak, dedua karakter berbeza. Tapi berbeza macam mana pn, tetap anak2 mama, tetap mama sayang.... Tetap la buah hati penyejuk jantung, intan payung seme.

Alhamdulillah, Rayyan skang dah besar dah pandai solat, pandai jadi imam. Ya allah rasa sejuk sangat perot bila peel anak2 molek gini. Org kata didikan dari rumah, tp jujurnya kami kat rumah bape jam je masa. Selalu bk sempat ajar sikit2 je, sblm tido rutin kami cek bacaan solat, bacaan surah pendek, ayat kursi.... alhamdulillah seme rayyan dah hafal skang, mama bangga dgn anak mama.. lantak la org nk cakap kita berlagak ke apa, tp bgi kita ini achievement anak2 yg sy nk jadikan kenangan dalam membesarkan mereka. once in the life time, lepas ni mereka dah besar dah lain cerita....,  Dan selalunya bebudak kan ngikut apa je yg mak bapak buat, selalunya bila solat Isyak dan Magrib hasben akan try utk berjemaah bersama kalau die tak keje la, bila anak2 tengok itu yg mereka pun ngikut. Bebudak ni gitu la, follow by example kaedahnya.

Skang bila azan je, Rayyan dah pandai ajak adik mama solat. Siap offer jd imam sbb papa takde g keje. Eh Rayyan kene sunat dulu ya HAHAHAHA.  Yang haru nya bila solat berjemaah ngan anak2 ni, suara diaorg baca tu lagi kuat, bergema seisi rumah sampai imam pn kompius2 kekadang.  Dr doa iftitah sampai lah tahyat akhir dia bantai baca kuat2. Adoi la.. Puas gak cakap, tak perlu baca kuat2 tapi nak jugak baca kuat2. Suka ati la nak, janji solat.



Masa ni azan magrib, saya g masuk toilet tengok2 dah sesiap dah dua beradik ni bentang sejadah seme. Bagus adik ngn abang kan, semoga kekal gini sampai besar, takyah mama jerit2 suh solat. Ingat ya apa2 dalam hidup ni, jgn tinggal solat, keberkatan dunia akhirat.


Dah habis salam, abang rikuest nak baca doa. Kita bg la dia baca, kemain la panjang doanya. Syahdu rasa hati bila dgr anak2 doakan kita sbg ibu bapa mereka, nnt kalau mama dah takde teruskan doa utk mama tau sayang...


Adik mmg tak paham lagi, tapi saya lega la sbb dia dah ikot ktorg solat, takde kacau2 jadi senang la.. Tahun depan leh la kita g terawih sekeluarga kat masjid ye anak2.. Kalau peel molek gini takde la mama risau nak bawa.... kalau tak diam mmg tak de la mama bawa sat g ngacau org je...


Selfie skit ngan anak dara tomei2 ni....


Masam muka pasaipa adikk??? HAHAHAH..

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails