Friday, January 29, 2016

Perjalanan ke Langkawi

11 January aritu kami bercuti ke Langkawi... Last g Langkawi msa Rayyan 2 tahun masa tu p ngn famili saya, adik beradik semua. Pernah saya tulis dalam blog ni. Kali ni lepas 3 tahun repeat balik Langkawi, tapi kami sekeluarga je. Lama dah beli tix, hampir terlupa pun.

Trip kali ni mmg saya tak sempat nk sevey kete sewa ke, booking hotel ke apa. Sbb keje yg melambak, balik lewat jadik mmg tak prepare anything. Mmg redah aje la. Tu pn memula mcm nak kensel dah sbb kalau ikotkan hari Rabu saya balik dr Langkawi, Hari Khamis saya ada kene bt presentation ke bosses so mmg mood ke laut la nk oliday. Tp memikirkan bebudak dah eksaited nk holiday so sy mmg ckp kat bos, saya siapkan seme related info. So balik dr bcuti tggal present je. Mujur boss okay.

Flight isnin pagi, tapi sbbkan nk siapkan seme keje so sabtu ahad kat rmh mengadap laptop. Ahad malam baru terhegeh2 packing barang. Natijahnya, bangun lambat wei... Kol 8 baru kuar rumah, flight kol 945.. Ko rasa cane? Ya allah kelam kabut gile la. Dah la jalan nak kluar dr taman umah tu bapak la jem nya. nk kluar taman je amek msa 30 minit.


Plan asalnya ktorg nk paking kat Putrajaya Central. Tapi, sampai je tol Sg Ramal ya allah jem tak bergerak. dekat 15minit kat situ tak bergerak ok, tgk waze dijangkakan stuck kat situ 40min. Pergh kita mmg rasa tak sempat ni nk smpai gate boarding. KIta dah siap ckp ngn hasben, kita divert je la oliday g PD. LEpak Grand Lexis aje la. Dah siap nak call tanya bilik. Skali hasben suh cek paking rate kat KLIA 2 berapa. Kita cek tgk perday RM42.  

Bt kira2, kalau paking PUJ central berapa, paking KLIA2 berapa. Tengok macam acceptable la beza tu lepas kira kos tambang ERL etc... Last2 hasben divert, terus masuk highway g KLIA2. Laju gile bawa, jgn dapat saman sudah.

Kitaorg sampai KLIA2 dalam 930, berlari la nk p ke gate. Mujur la gate tak jauh. Alhamdullilah sempat la boarding. Mmg mendebarkan sungguh pagi tu hahaha.


Budak ni rikuest nak amek gambar gn plane. Ha nah!
Sekejap je dah sampai epot Langkawi. Sampai2 epot bebudak ni sibuk nk bgambar dgn minion ni. Layankan je la sementara papa depa g amek duet and cr kete sewa.


Bila dah dapat kete, ktorg terus g lunch la.. lapar ni. Mmg dr pagi tak makan pape.. Bebudak dalam plane dedua lena sbb bgn awal dedua kan...

LEpas makan baru pusing2 cari hotel.. Betapa gamble nya la ktorg ni, hotel pn tak reserved awal2. Hasben suh cr hotel yg ada swimming pool sbb bebudak nak mandi swimming pool kan. So search la kat booking.com ... Alhamdulillah jumpa la Aliaa Residence. Kita pnya kriteria hotel nk yg dekat epot je sbb cuti kali ni mmg nak releks, malas nak serabut sgt. Lagipun dah pnh g Langkawi so most of activity malas la nk repeat. Yg mana belum pnh tu je kita terjah hehehe...



Bebudak yg seronok dapat duduk hotel. Siap pool access lagi. Tak sabar nk mandi pool...


1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails