Friday, February 19, 2016

Dapat dah KEDs idaman hati heheh

Masuk ni dah kali ke 3 collaborate dgn zalora. Yg bestnya stp kali collaboration, dpt la token of appreciation.. dapat la kita sopim kat Zalora. Hhehe masa ritu dapat token kita beli baju. Tapi kali ni kita mmg aim nak beli kasut. 

Kita aim nak beli sneakers. Kita ada je sneaker tp dah lama beli masa bujang dlu ntah2 dah makan diri kot. Lama sgt tak pakai, mau mereput dalam lemari dah agaknya....

Sevey punya sevey, kita tertarik dgn snekers brand Keds ni. Design lawa2 and funky. Feeling muda mudi la tu. #sukati betei hahah. Harga pn ada diskuan tu yg penting Harga asal RM 189, lepas diskaun RM 132. Guna vocer kita top up skit je la. Pembelian yg berbaloi gitu.

Kita baca review pn ramai kata kasut ni best, selesa pakai jalan. Ni pestime kita beli kasut online, sbb selalunya saya ni cerewet ya amat la pasal kasut. Mmg nak yg selesa je. Masa beli ni cuak gile takot tak sedap pakai, dah la sedar diri tu cerewet macam mana kan.



Masa dapat kasut berdebar2 haha takot xmuat, takot x sedap pakai... Macam2 la..


Keds ni rupanya jenama yg dah lama, Taylor Swift pn pakai kasut ni haha nak jugak mentioned retis kan.... Padahal taylor Swift tu pn aku baru kenal masa sevey kasut ni hahaha..


Ni la die pilihan kita, saja pilih warna hitam putih senang nak match seme keadaan. Ada warna merah ngn biru menarik hati gak tapi malas nak hipster sangat, anak dah 2 orang oiii. #kusedardiri okay....

Hasben kata corak batik heheh kita mmg berkenan sbb corak tu, unik. Lain dr yg lain. Itu la keistimewaan design kasut Keds ni.


Hari Khamis dapat, Jumaat dah selamat rasmi g opis hahaha..
Kasut kalau nk sedap pakai kene pakai selalu. Hehe tp kasut ni mmg best, ringan je. Sedap pakai.
Jatuh cinta okay....



1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails