Wednesday, October 7, 2015

Aiskrim Premium Yg Memukau

27 August yg lepas saya telah menghadiri majlis pelancaran Magnum Aiskrim yg terbaru iaitu Magnum White Almond. Majlis pelancaran yg bertemakan evening party amat memukau dan memberikan kelainan menerusi gaya tersendiri. Sama seperti Aiskrim Magnum yg dikeluarkan penuh esklusif dan mempunyai status tersendiri.





Konsep parti yang mewah dan ekslusif ini turut menyajikan kami dgn dessert enak2 seperti kek keju dgn konsep open table top, kalau anda nk makan just grab it and eat! Konsep yg santai  bukan?


Introducing our "King of the Day" - The lastest product innovation  Magnum White Almond yg dihasilkan daripada vanilla aiskrim yg disaluti oleh coklat putih  premium Belgium yang tebal dan ditabur pulak kepingan badam ranggup yg akan memberi kita rasa keterujaan dalam setiap gigitan.


Barisan aiskrim mewah yg dihidangkan dan boleh kami berpeluang utk menikmatinya secara free flow. Sememangnya Magnum White Almond mempunyai keistimewaan rasa tersendiri yg unik dan rasa coklat Belgium adalah sukar utk ditepis menyebabkan saya non-stop berulang ke kaunter top ini untuk menikmati aiskrim yg hebat ini.


Pelancaran Magnum White Gold dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, iaitu Mr Rakesh Mohan seterusnya merasmikan majlis pelancaran aiskrim ini. Beliau turut menjamin konfeksi aiskrim Magnum White Almond yg baru ini pastinya memberikan rasa yg tidak akan dilupa.


Acara seterusnya adalah persembahan tarian oleh 2 org penari yg berjaya memukau penonton di dalam GrandBall Room pada malam itu. Tarian itu penuh maksud tersirat yg mana penari tersebut berusaha naik ke atas menggunakan kain yg dijatuhkan utk mengambil aiskrim Magnum White Almond yg berada tinggi nun di atas. Kreatif kan?



Kepuasan menikmati aiskrim Magnum White Almond yg tak tergambar dek kata2. Anda harus mencuba nya sendiri. Ianya telah berada di pasaran. Boleh didapati di pasaraya terdekat.


Aiskrim ini boleh dibeli dgn harga RM 4.50 sebatang dan pek (multipack of 3) RM13.50.

Untuk maklumat lanjut mengenai Magnum White Almond uolls boleh layari Magnum Facebook Page di www.facebook.com/Magnum atau www.walls.com.my/magnum


Ini packagingnya ya uols, jangan tersilap ambil. Sila la cuba dan rasainya sendiri aiskrim mewah yg penuh kenikmatan ini. Pasti anda menyukainya!

As a token of appreciation, kami telah diberikan pendrive yg kecik lagi comel ni, setiap kali melihat pendrive ni rasa nk makan Magnum je. Menarik sungguh!


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails